Tanah Merah, Kelantan
Sempena cuti sekolah ini, dmanphoto telah diberi tanggungjawab oleh kedua mempelai ini untuk merakamkan saat bersejarah dalam hidup mereka. Sesi kali ini dibantu oleh adinda saya Shah Irwan. Berikut sebahagian gambar daripada album mereka.
Sesi outdoor kali ini agak terganggu, maklumlah musim tengkujuh di Pantai Timur. Nasib baik ada sedikit waktu hujan berhenti seketika cukup untuk kami merakamkan gambar di salah satu jambatan keretapi berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.
Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.
No comments:
Post a Comment