My Gears

 photo a77_zpsfc189663.jpg
Sony DSLT α77
Berfungsi sebagai kamera utama setiap kali menerima tugasan fotografi. Kenapa pilih jenama Sony? Yang tu, tepuk dada tanya selera.

Photobucket
Sony VG-C77AM
Vertical Grip ini pula sebagai pelengkap kepada Sony DSLT α77. Mampu menyimpan 2 bateri serentak serta memudahkan mengambil gambar secara menegak (tanpa angkat ketiak tinggi-tinggi.. hehe)

 photo a58_zps866e5427.jpg
Sony DSLT α58
Kamera kedua atau sebagai back-up kepada kamera utama.

Photobucket
Sony 16-80mm F3.5-4.5 CZ
Lens ini biasanya melekat pada Sony DSLT α77 ketika sesuatu majlis sedang berlangsung. Terutamanya ketika majlis akad nikah dan bersanding. 

Photobucket
Sigma 10-20mm F4-5.6
Yang ini pula biasanya digandingkan dengan Sony DSLT α58. Lens wide angle ini mampu memberi perspektif berbeza daripada lens lain dan sesuai untuk mengambil gambar di kawasan yang sesak atau sempit.
Photobucket
Sony 35mm F1.8
Lens jenis prime ini khas saya gunakan untuk indoor potreat35mm lebih praktikal untuk jarak yang dekat.
Samyang 85mm F1.4
Manual lens jenis prime untuk saya gunakan ketika outdoor potreat.
Photobucket
Minolta 70-210mm F4
Lens keluaran 1985 ini agak lama berbanding dengan lens-lens yang lain tetapi saya sangat meminati warna klasik dan efek bokeh yang dihasilkannya.

 photo hvlf43am_zps5ed54c60.jpg
Sony HVL43-AM
Flash utama gandingan Sony DSLT α77
Sony HVL42-AM

Flash gandingan Sony DSLT α58


No comments:

Post a Comment