5 Disember 2010
Kuala Krai
Kelantan
Sebenarnya pada hari sebelumnya saya masih ada job mengambil gambar pengantin tapi dalam keadaan hati yang kurang tenteram. Manakan tidak isteri di rumah mentua sedang sarat mengandung dan telah melebihi tarikh jangkaan. Setelah selesai membuat tugasan saya terus berkejar balik ke rumah mentua di Kuala Krai. Nasib baik belum ada apa-apa tanda.
Kemudian pada malam tersebut, isteri tersayang mula menunjukkan tanda untuk bersalin. Terus berkejar ke Hospital Kuala Krai, tetapi masih perlu menunggu. Kemudian dengan izin-Nya, Sofea Arieana selamat dilahirkan tepat jam 11.37 pagi pada 5 Disember 2010. Sedikit gambar ketika umurnya masuk 5 hari untuk tatapan semua.
No comments:
Post a Comment