Hari ni penghuni kuarter guru Felda Lurah Bilut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sejak pukul 9 pagi tadi. Sebagai penghuni, saya turut menjayakan gotong-royong tersebut. Sedang kami berhenti rehat kira-kira 12.30 tengahari, salah seorang daripada kami mendongak ke langit dan melihat satu fenomena matahari yang sungguh indah (kesan halo). Subhanallah... Apa lagi selepas didesak seketika oleh rakan2 lain, saya kembali ke rumah untuk mengambil kamera untuk mengambil gambar. Nikmati salah satu keajaiban Allah sebagai satu tanda kebesaran tuhan dan kita sebagai hamba-Nya perlu mengukuhkan lagi ketaatan kita pada-Nya.
info mengenai fenomena ini yang dijumpai daripada "en.google"..
.."Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi."

No comments:
Post a Comment