Raub, Pahang
Kedua mempelai ini telah diijabkabulkan pada 16 November 2013 dan tugasan ini telah saya serahkan pada bro Alif kerana berlaku pertembungan aktiviti yang telah dipersetujui lebih awal. Berikut sebahagian gambar pada majlis berkenaan.
Untuk hari berikutnya pula saya telah dibantu oleh adinda bongsu saya, Al-Badrul Amin. Majlis berjalan lancar di Dewan berhampiran JPJ Cawangan Raub. Walaupun cuaca sudah mula gelap menandakan hujan akan turun, kami masih sempat untuk ke sesi outdoor di taman berdekatan.
Terima kasih kepada En.Rashid ayah kepada pengantin perempuan kerana memberi kepercayaan kepada dmanphoto untuk merakamkan saat bersejarah untuk anak perempuan sulung mereka. Semoga pasangan ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin