Sunday, June 9, 2013

Journalism & Lanskap : WAT MACHIMMARAM

Musim cuti sekolah baharu sahaja berlalu. Gambar di bawah ini sebahagian ole-ole balik kampung bercuti di kampung halaman di Kelantan. Sebenarnya pada ketika ini, saya bertugas sebagai jurugambar perkahwinan di kawasan berhampiran tetapi 'tersampai' awal, bagi mengisi masa lapang saya 'meronda' terjumpa wat ini pulak.
Lokasi Wat Machimmatam ialah di Tumpat, Kelantan. Wat ini berada di perkampungan orang Siam di sini. Banyak wat-wat buddha berada di sini. Hasrat hati nak cari patung Buddha tidur tetapi masa agak suntuk, jadi berlegar di kawasan ini sahaja. Mungkin lain kali saya akan berkesempatan untuk mengambil banyak lagi gambar daripada negeri kelahiran saya ini...
Semua gambar ini adalah bentuk thumbnail, sila klik pada gambar untuk pandangan lebih jelas.
"Cuti-cuti Malaysia versi dmanphoto"


No comments:

Post a Comment